Isu pembekalan baja: Dua individu akan didakwa dalam masa terdekat

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 6:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu pembekalan baja: Dua individu akan didakwa dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Siasatan isu kelewatan pembekalan baja di Kedah yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai sepenuhnya dengan dua individu akan dituduh dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, pertuduhan berkenaan akan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM, iaitu berkaitan penyelewengan dan dokumen palsu.

“Siasatan SPRM berhubung masalah baja di Kedah telah selesai. Kami akan merujuk kes itu kepada Peguam Negara, jika seandainya diberikan keizinan oleh Peguam Negara terhadap perakuan kami, mungkin minggu depan atau minggu lagi satu pertuduhan akan didaftarkan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2026 di sini hari ini.

Abd Halim bagaimanapun tidak mendedahkan siapa individu yang akan dituduh itu.

Pada 7 September lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah, susulan aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos.

Kelewatan oleh pihak pembekal yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu menjejaskan keperluan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkeluasan 100,000 hektar.-Bernama

The post Isu pembekalan baja: Dua individu akan didakwa dalam masa terdekat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved