SPRM: Tiada siasatan dibuka kes tujuh pemain warisan FAM

LocalFootball
18 Oct 2025 • 3:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA NERUS, 18 OKT: Tiada kertas siasatan dibuka buat masa ini berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata oleh kerana kes berkenaan melibatkan isu teknikal antara FAM dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan induk itu untuk menyelesaikannya.

“Jadi terpulang kepada FIFA sama ada akan pertimbangkan atau tidak (berhubung rayuan). Tetapi buat masa ini, SPRM tidak akan menyiasat kes ini kerana ia lebih kepada tindakan FIFA.

“Kita juga mengambil kira pengesahan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri berhubung ketujuh-tujuh pemain berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (Kor SUAR) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan FAM dan tujuh pemain warisan kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA, selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved