SST akan diteruskan, serap elemen positif GST - Chin Tong

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 12:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SST akan diteruskan, serap elemen positif GST - Chin Tong
Chin Tong

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan mengambil elemen tertentu yang baik daripada sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memperkukuhkan percukaian negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kesediaan untuk mengambil elemen positif itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi libat urus Belanjawan 2027 pada 18 Ogos lalu.

Menurut beliau, elemen positif yang akan diambil kira juga turut memastikan tiada kesan cukai berganda terhadap rakyat.

“Kerajaan akan serap elemen yang dikatakan bagus dalam sistem GST ke dalam sistem sedia ada.

“Sistem sedia ada ialah SST tetapi memang ada elemen GST bagi memastikan tidak ada kesan cascading atau kesan berganda dalam percukaian,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai hala tuju sistem percukaian negara.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, antara faktor kerajaan mahu meneruskan sistem SST kerana ia lebih mudah difahami dan telah mempunyai sejarah pelaksanaan melebihi 50 tahun.

Namun katanya, cadangan untuk mengembalikan elemen positif GST dibuat mengambil sistem berkenaan dilaksanakan di negara lain.

“Jika sistem GST dilaksanakan sekarang, ia akan melibatkan sekurang-kurangnya 480,000 perniagaan yang perlu membayar cukai kepada kerajaan sedangkan SST hanya melibatkan sekitar 80,000 perniagaan.

“Tentunya SST dapat meringankan beban kebanyakan perniagaan kecil daripada dibebankan oleh GST serta menguruskan bayaran balik dan isu-isu lain yang berkaitan,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved