Standard penganjuran LTdL 2026 ‘pikat’ UCI

5 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Standard penganjuran LTdL 2026 ‘pikat’ UCI

EDISI ke-30 perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang di Putrajaya sekali gus melengkapkan cabaran lapan peringkat yang disifatkan antara edisi paling kompetitif.

Perlumbaan yang merangkumi jarak keseluruhan 1,258.5 kilometer (km) itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal 22 pasukan bertanding menerusi tiga zon pendakian mencabar di Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands, malah turut menyajikan saingan terbuka tanpa dominasi mutlak mana-mana pelumba.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal menyifatkan mencapai kejayaan luar biasa dan melepasi objektif penganjur, selain membuktikan jurang prestasi antara pasukan bertaraf WorldTeam, ProTeam dan benua (Continental) kini semakin rapat.

“Edisi ke-30 ini adalah antara yang terbaik pernah kita saksikan. Karakter laluan yang dirangka berjaya menghidupkan drama pada setiap peringkat.

“Kita menyaksikan penguasaan di zon pendakian, namun pada masa sama laluan landai seperti di Peringkat 7 (Melaka–Batu Pahat) membuktikan keberanian taktikal pelumba muda seperti Nil Gimeno yang melakar kejutan menewaskan ramalan kelompok besar.

“Pujian wajar diberikan kepada semua pasukan atas disiplin kayuhan yang sangat tinggi hingga mengheret ke pertempuran terakhir di Putrajaya,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlumbaan Peringkat 8 dari Muar ke Putrajaya semalam.

Mengulas mengenai pengurusan perlumbaan, Emir berkongsi maklum balas membanggakan daripada Panel Komisar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang diketuai Paul Watson, yang memberi penilaian sangat tinggi terhadap standard penganjuran LTdL 26.

 

The post Standard penganjuran LTdL 2026 ‘pikat’ UCI appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved