“Stay strong” – Fazura ‘Reply’ Tweet Setelah Lama Menyepi, Netizen Anggap Itu ‘Hint’?

Entertainment
3 Oct 2024 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, nama pelakon serta usahawan Fazura menjadi bualan ramai susulan keretakan rumah tangganya dengan pelakon, Fattah Amin.

Terbaru, Fazura memuat naik sebuah hantaran di aplikasi X selepas kali terakhir update aplikasi itu pada tahun 2023.

Pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu membalas tweet seorang netizen yang menceritakan masalah dalam perkahwinannya.

Fazura dalam tweet tersebut memberikan kata-kata semangat buat netizen tersebut yang berkongsi bahawa suaminya mengambil pekerja baru, seorang wanita muda yang selalu bersamanya kemudian meminta izin kepadanya untuk berkahwin dengan wanita tersebut.

Rata-rata netizen terkejut dengan tweet Fazura itu dan mengatakan ianya seakan petunjuk atau bayangan berkenaan situasi rumah tangganya.

image is not available

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis tiada kenyataan penuh berkenaan tweet yang dimuat naik oleh pelakon berusia 41 tahun itu.

Sebagai info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.