“Stay tuned!”- Khairul Aming Dan Team Dijemput Oman Tourism Untuk Sesi Jelajah 8 Hari 7 Malam

Entertainment
26 Oct 2024 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh media sosial yang popular di negara kita iaitu Khairul Aming telah mendapat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand susulan daripada Khairul Aming yang membuat video siri jejalah New Zealand.

Kali ini, Khairul Aming berkongsi di platform media sosial X bahawa dia dan rakan-rakannya dijemput pula oleh Oman Tourism untuk menjelajah negara Timur Tengah itu selama lapan hari tujuh malam.

image is not available

Khairul Aming turut memuji pihak tourism negara itu yang memudahkan urusan mereka ketika berada di Oman.

Difahamkan, video siri menjelajah Oman ini akan mempunyai tujuh episod dan KA turut berharap siri kali ini akan menjadi lebih besar berbanding siri menjelajah New Zealand.

Dalam perkongsian di X juga, KA turut berkongsikan sneak peek tentang aktiviti yang dilakukannya di Oman, antaranya menunggang unta di kawasan padang pasir dan melawat bangunan bersejarah di negara Timur Tengah itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengatakan mereka tidak sabar untuk menantikan video siri jelajah Oman oleh Khairul Aming ini nanti.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.