Steam Machine Dijual Pada Harga Bermula RM4350 Sebuah

TechnologyGaming
23 Jun 2026 • 8:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Steam Machine Dijual Pada Harga Bermula  RM4350 Sebuah

Valve pagi ini mengumumkan harga jualan konsol Steam Machine  dan membuka pratempahan kepada mereka yang berminat. Senarai harga jualan rasmi adalah seperti di bawah. Pratempahan telah dibuka sehingga 25 Jun sebelum nombor giliran membeli akan diberikan secara rawak bagi mengelakkan masalah scalping oleh pihak tidak bertanggungjawab.

  • Steam Machine (512GB) – $1049 (~RM4350)
  • Steam Machine (512GB) + Steam Controller – $1128 (~RM4678)
  • Steam Machine (2TB) – $1349 (~RM5595)
  • Steam Machine (2TB) + Steam Controller – $1428 (~RM5922)

Harga jualan Steam Machine adalah sangat mahal berbanding ramalan asal kerana krisis RAM dan memori menyebabkan ia tidak boleh dielakkan. Muncul laporan Valve menjual konsol pada harga kos dengan harga jualan asal pada mulanya bermula sekitar $750 (~RM 3110). Pada harga semasa, Steam Machine adalah lebih mahal berbanding PS5 Pro (RM 3999) di Malaysia

Image from: Steam Machine Dijual Pada Harga Bermula  RM4350 Sebuah

Steam Machine dilengkapi cip AMD Zen 4 6C / 12T dengan kelajuan mencecah 4.8 GHz, GPU AMD RDNA3 dengan 28CU serta 8GB GDDR6 VRAM, memori sebesar 16GB DDR5 dan storan SSD sehingga 2TB NVMe. Storan boleh ditambah menggunakan kad microSD.

Menurut Valve, Steam Machine generasi baharu ini ialah enam kali ganda lebih berkuasa berbanding Steam Deck membolehkan ia menjalankan permainan AAA sehingga tetapan 8K 30p.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved