Steven Sim: Perniagaan Mikro Dan Kecil Jadi Fokus Ikhtiar Merdeka, RM1.2 Bilion Pembiayaan Dan Geran Disediakan

1 Sep 2026 • 10:33 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Steven Sim: Perniagaan Mikro Dan Kecil Jadi Fokus Ikhtiar Merdeka, RM1.2 Bilion Pembiayaan Dan Geran Disediakan
Imej oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

SERDANG – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai beberapa ikhtiar segera sempena Hari Kebangsaan yang memberi manfaat langsung kepada usahawan serta perusahaan mikro dan kecil di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Steven Sim Chee Keong berkata, pengumuman tersebut mencerminkan keutamaan berterusan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya golongan mikro dan kecil yang membentuk sebahagian besar perniagaan di Malaysia.

Menerusi Ikhtiar Merdeka, kemudahan pembiayaan bagi perniagaan mikro akan ditambah sebanyak RM1 bilion, menjadikan keseluruhan kemudahan tersebut bagi tahun 2026 meningkat daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion.

Kemudahan RM6 bilion itu disalurkan menerusi beberapa agensi Kerajaan, antaranya TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di bawah KUSKOP. Daripada tambahan RM1 bilion tersebut, RM100 juta akan disediakan melalui TEKUN Nasional.

Kerajaan MADANI turut memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI sebanyak RM200 juta untuk membantu peniaga kecil termasuk penjaja, peniaga pasar malam serta ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah.

YB Steven Sim berkata, langkah tersebut meneruskan komitmen Kerajaan dalam memperluas akses pembiayaan kepada PMKS. Dalam Belanjawan 2026, kemudahan pembiayaan dan jaminan pembiayaan untuk PMKS telah ditingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion.

Di bawah KUSKOP pula, kementerian menyasarkan RM15 bilion pembiayaan kepada usahawan sepanjang 2026, dengan kira-kira RM9 bilion telah disalurkan kepada lebih 250,000 usahawan setakat ini.

“Perusahaan mikro dan kecil merangkumi kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia. Justeru, mereka perlu menjadi antara fokus utama dasar dan program pembangunan keusahawanan Kerajaan,” ujar YB Steven Sim.

Image from: Steven Sim: Perniagaan Mikro Dan Kecil Jadi Fokus Ikhtiar Merdeka, RM1.2 Bilion Pembiayaan Dan Geran Disediakan
Imej oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Beliau berkata, keputusan menaikkan ambang pengecualian e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta jualan tahunan akan membantu mengurangkan beban pematuhan khususnya bagi perniagaan mikro dan kecil.

Pengembalian kelayakan asas BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan pula turut membantu peniaga dan usahawan yang bergantung kepada kenderaan dalam operasi harian mereka.

“Ikhtiar ini selari dengan usaha Kerajaan MADANI dan kerangka ABCD KUSKOP untuk memudahkan urusan berniaga—akses kepada modal dipertingkatkan, proses pematuhan dipermudah dan kos menjalankan perniagaan diringankan.

“Fokus kita adalah untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan usahawan memberi lebih banyak tumpuan kepada membina dan mengembangkan perniagaan mereka,” tambah beliau.

Hebat Perniagaan Malaysia.

Image from: Steven Sim: Perniagaan Mikro Dan Kecil Jadi Fokus Ikhtiar Merdeka, RM1.2 Bilion Pembiayaan Dan Geran Disediakan
Imej oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved