Steven Sim Tegaskan Majikan Tak Boleh Potong Gaji Pekerja Sesuka Hati

22 Feb 2024 • 3:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menegaskan bahawa majikan tak boleh potong gaji pekerja sesuka hati kecuali potongan yang dibenarkan.

Steven Sim berkata, majikan tidak boleh memotong gaji pekerja selain daripada yang terkandung dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955.

image is not available

Majikan tak boleh potong gaji pekerja

“Saya sudah tegaskan bahawa majikan tidak boleh memotong gaji seseorang pekerja mengikut Seksyen 24 Akta Kerja 1955 kecuali potongan yang dibenarkan seperti caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan cukai pendapatan.

“Selain daripada itu, majikan tidak boleh potong gaji… tidak kira kedai apa dan syarikat besar atau kecil, majikan tidak boleh memotong gaji melainkan dibenarkan melalui Akta Kerja,” katanya.

image is not available

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Kesuma MADANI Tahun Baharu Cina Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya, hari ini.

image is not available

Sebelum itu, Steven Sim diminta mengulas berhubung sebuah rangkaian restoran ramen yang didakwa mendenda pekerjanya dengan memotong gaji disebabkan mengambil cuti sakit, pergi ke tandas atau meminum air ketika bekerja.

Pada masa sama, beliau turut meminta pekerja tampil membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekiranya berlaku diskriminasi oleh majikan.

image is not available

“Majikan tidak boleh memotong gaji disebabkan tindakan disiplin. Ini kerana ia mesti melalui proses inkuiri dalaman sesebuah syarikat.

“Saya minta supaya sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pelanggaran Akta Kerja untuk tampil ke depan buat laporan secara rasmi.

“Sudah tentu (JTK) akan mengambil tindakan susulan selepas laporan,” ujarnya.

image is not available