
PETALING JAYA: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 meningkat kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion pada tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua penerima STR akan menerima Sumbangan Asas Tunai Rahmah (Sara) sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.
Katanya, ia akan memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima STR seluruh negara.
“Selain penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas, akan menerima Sara Madani RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang sambutan tujuh dekad kemerdekaan negara.
“Ini akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN
The post STR 2027 meningkat kepada RM16 bilion appeared first on Utusan Malaysia.






