Strategi kepelbagaian perniagaan Radium tingkatkan kedudukan kewangan kumpulan pada 2QFY26

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 5:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Strategi kepelbagaian perniagaan Radium tingkatkan kedudukan kewangan kumpulan pada 2QFY26 Image from: Strategi kepelbagaian perniagaan Radium tingkatkan kedudukan kewangan kumpulan pada 2QFY26 amree19/08/2026 - 17:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Ogos — Strategi kepelbagaian perniagaan Radium Development Berhad menjadi pemangkin utama untuk memperkasakan daya tahan kewangan kumpulan itu bagi jangka masa panjang.

 

Langkah proaktif ini melibatkan kemasukan ke sektor penjagaan kesihatan melalui pembangunan Radium Hospital @ Ayer Keroh di Melaka dan pengambilalihan Segamat Specialist Medical Centre di Johor.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, fokus terhadap aliran pendapatan berulang ini bertujuan mengurangkan risiko kebergantungan kepada pasaran hartanah yang bersifat kitaran semata-mata.

 

"Usaha tersebut turut dilihat selari dengan prestasi cemerlang syarikat pada suku kedua tahun kewangan 2026 (2QFY26) yang menyaksikan lonjakan ketara dalam kedudukan kewangannya," kata Radium.

 

Keuntungan sebelum cukai (PBT) melonjak 244% mencecah RM13.1 juta dan pencapaian luar biasa ini membuktikan keberkesanan pengurusan kos serta strategi operasi yang mantap di peringkat kumpulan.

 

Perolehan syarikat turut mencatatkan pertumbuhan positif 75% kepada RM74.6 juta, dipacu kemajuan kerja tapak lebih pantas serta jumlah jualan yang memberangsangkan bagi semua projek sedia ada.

 

Radium_DagangNews2026

 

Tiga projek utama iaitu Suite Canselor, Residensi Desa Timur dan Radium Arena menjadi tonggak aliran tunai syarikat manakala Radium Arena khususnya mendapat sambutan pasaran yang sangat baik.

 

"Radium namun berwaspada terhadap cabaran tekanan kos luaran ekoran perkembangan geopolitik global serta trend inflasi semasa, yang memberi kesan langsung kepada perbelanjaan pembinaan," katanya.

 

Isu perundangan membabitkan tuntutan 241 pembeli Residensi Platinum OUG juga masih dalam perhatian syarikat walaupun tiada impak kewangan material sebelum perbicaraan semula pada Oktober 2026.

 

Pengurusan kumpulan kini melaksanakan kawalan kos pemasaran yang lebih ketat serta berusaha mengoptimimumkan kerja pembersihan tapak untuk menjaga keuntungan jangka panjang," tambahnya.

 

Prospek masa hadapan ujar Radium, kekal cerah dengan rancangan pelancaran projek usaha sama (JV) baharu di Kepong pada September 2026 yang membawa nilai pembangunan kasar (GDV) RM403 juta.

 

"Lembaga Pengarah menzahirkan optimis terhadap prestasi keseluruhan berdasarkan kemajuan projek dan komited terhadap pelaksanaan berdisiplin bagi memastikan nilai maksimum," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved