
PETALING JAYA – Kejadian roller coaster di sebuah taman tema di ibu negara mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas beberapa pengunjung mendakwa berlaku masalah ketika permainan itu sedang beroperasi malam tadi.
Menerusi komen di media sosial, seorang pengguna mendakwa suami dan empat anaknya antara enam individu yang berada dalam roller coaster berkenaan ketika kejadian.
“Husband (suami) dan anak-anak saya enam orang dalam coaster tu,” komen Nurul_Aizam.
Seorang lagi pengguna, n0tfatin3ykin mendakwa permainan itu bergerak laju sebelum berhenti secara mengejut ketika menuruni laluan.
“Time turun roller coaster tu kan laju gila. Rel berapi kemudian bunyi macam bunyi besi patah kot, bunyi broken rail rasanya. Lepas tu roller coaster berhenti mengejut.
“Kesian juga orang-orang yang naik tadi, ada yang cedera sampai masuk hospital,” katanya.
Sementara itu, nothingjustniewa berkata, kejadian terbabit mengingatkannya kepada insiden permainan roller coaster di Genting Highlands sebelum ini.
“Sebab tu aku tak pernah rasa nak naik roller coaster ni. Cukup la isu kat Genting dulu ada kes budak sampai tercampak,” tulisnya.
Bagaimanapun, dakwaan berhubung jumlah sebenar mangsa yang cedera dan keadaan mereka masih belum dapat disahkan. – KOSMO! ONLINE
The post Bunyi macam besi patah, roller coaster berhenti mengejut appeared first on Kosmo Digital.






