
Seorang individu terpaksa dikejarkan ke klinik selepas mengalami muntah dan cirit-birit dipercayai akibat menikmati pizza wagyu daripada seorang usahawan terkenal pada hari Ahad.
Dalam satu perkongsian di Threads, seorang wanita menceritakan pengalaman buruk yang dialaminya selepas membeli pizza daripada usahawan berkenaan.

Wanita itu memaklumkan bahawa semasa menerima rawatan, doktor mengesyaki puncanya mungkin berpunca daripada cara makanan tersebut dikendalikan.
Menurut wanita itu lagi, dia telah membuat laporan mengenai insiden tersebut kepada pihak berkuasa.

Perkongsian itu dibuat susulan komen daripada individu lain yang turut meluahkan rasa kurang senang terhadap cara pengendalian perniagaan pizza oleh usahawan terbabit.
Selain itu, seorang lagi individu tampil mendedahkan bahawa mereka juga pernah mengalami kejadian serupa selepas membeli pizza dari usahawan sama.

Bagaimanapun, individu itu memaklumkan insiden tersebut berlaku pada tahun 2023, sebelum usahawan tersebut berpisah dengan bekas isterinya.
Sebelum ini, ada pihak yang menggesa agar siasatan rasmi dibuka terhadap perniagaan pizza wagyu usahawan itu yang dikatakan mencurigakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Ada Benda Baik Dia Buat Dekat Saya" - Siti Jamumall Terbuka Hati Untuk Rujuk Semula Dengan Aiman
The post Suami Didakwa ‘Lembik’ Lepas Makan Pizza Wagyu Usahawan Kontroversi, Doktor Suspek Keracunan Makanan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


