Suami isteri berhadapan hukuman mati, didakwa edar dadah

12 Aug 2026 • 1:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suami isteri berhadapan hukuman mati, didakwa edar dadah

IPOH – Pasangan suami isteri berhadapan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 480.60 gram, minggu lalu.

Tertuduh, Teoh Wai Loon, 44, dan Lim Suk Pei, 38, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didapati telah mengedar dadah berbahaya jenis MDMA anggaran berat 480.60 gram di sebuah bilik di premis dekat Bercham Bistari 4, Medan Bercham Bistari, dalam daerah Kinta pada pukul 10.30 malam, 4 Ogos 2026.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Menerusi laporan media pada 6 Ogos lalu, tujuh individu termasuk pasangan suami isteri ditahan bersama rampasan dadah jenis ketamin dan pil Erimin 5 bernilai lebih RM538,000 di sekitar Ipoh dan Tapah. – KOSMO! ONLINE

The post Suami isteri berhadapan hukuman mati, didakwa edar dadah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved