Suami Miera Liyana, Rosland Othman Sah Bercerai Talak Satu Dengan Isteri Pertama

3 Aug 2023 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suami pelakon Miera Liyana, Rosland Othman hari ini sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Adibah Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut peguamnya, Adibah enggan ditemu bual dan memberi apa-apa komen berkaitan perceraian ini kerana masih dalam keadaan terkejut.

Menerusi video di Instagram, Adibah dilihat berdiri di sebelah sementara peguamnya menjawab semua soalan daripada wartawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dalam pada itu, Rosland juga menolak untuk memberikan sepatah dua kata kepada pihak media selepas keluar dari dewan bicara di mahkamah.

Dia yang memakai kemeja berwarna biru dilihat terus berjalan tanpa mengendahkan pihak media sementara seorang wanita mewakilkan dirinya dan meminta wartawan memberi ruang kepadanya.

image is not available 1 week ago

"Saya Kahwin Sebab Jodoh, Memang Dia Untuk Saya" - Miera Leyana Jawab Spekulasi Punca Penceraian Suami & Madu