Suami Miera Liyana Sah Bercerai Talak Satu Dengan Isteri Pertama, Adibah Pula Masih Terkejut

3 Aug 2023 • 11:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Rosland Othman, isteri kepada pelakon wanita, Miera Liyana akhirnya sah bercerai dengan madunya, Adibah Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Isteri pertama kepada Rosland itu bagaimanapun tidak mahu ditemu bual dan memberikan apa-apa komen kerana masih dalam keadaan terkejut kata peguamnya.

Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberikan komen. Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini.

Rosland turut menolak untuk memberikan sebarang komen sebaik sahaja keluar dari dewan bicara mahkamah.

Rosland bagaimanapun memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan isteri pertamanya selepas mengeluarkan kenyataan berhubung perkahwinan keduanya.

Rosland sebelum ini memfailkan cerai pada 7 April lalu. Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Rosland kemudian bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan memiliki seorang cahaya mata.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved