Seorang suami memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak selepas isterinya yang sedang hamil tujuh bulan bersama anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan peserta RXZ Members 8.0 di Simpang Empat, Kampung Buluh Gading.
Memetik laporan Harian Metro, Talhah Mahmud, 61, berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas berkenaan.
Advertisement
“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melakukan siasatan.”
Enggan Tonton Video Nahas RXZ Members 8.0
Talhah turut mengakui memilih untuk tidak menonton rakaman kemalangan yang tular di media sosial kerana tidak sanggup melihat keadaan isteri dan anaknya.
Menurutnya, isterinya, Syafirah Salim, 36, bersama anak mereka, Ahmad Asyraf, 13, keluar dari rumah menuju ke Pasar Batu Enam bagi membeli barangan keperluan harian sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diterimanya, sebuah motosikal dipercayai merempuh motosikal Honda Beat yang ditunggang Syafirah sehingga berlaku tumpahan minyak dan kebakaran.

Anak Melecur 60 Peratus, Jalani Pembedahan Di HSNZ
Talhah memaklumkan anak sulungnya mengalami kecederaan melecur kira-kira 60 peratus dari bahagian pinggang hingga ke bawah.
“Isteri saya hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak ketiga dua bulan lagi.
“Saya difahamkan anak sulung melecur 60 peratus dari pinggang hingga ke bawah selepas kemalangan itu.”
Ahmad Asyraf kini ditempatkan di wad pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi menjalani pembedahan untuk merawat bahagian tubuhnya yang melecur.
Doa Kandungan Isteri Tidak Terjejas
Dalam masa sama, Talhah berharap kandungan isterinya tidak terjejas akibat nahas RXZ Members 8.0 tersebut, selain mendoakan anak sulungnya segera pulih.
“Saya berdoa agar kandungan isteri tidak terjejas akibat kejadian itu selain anak sulungnya juga segera pulih.”
Suami Masih Berjalan Menggunakan Tongkat
Talhah turut mendedahkan dirinya masih menjalani rawatan fisioterapi selepas terlibat dalam kemalangan motosikal kira-kira lima bulan lalu.
Kemalangan berkenaan menyebabkan lututnya mengalami keretakan dan dia kini masih memerlukan tongkat untuk berjalan.
“Akibat kejadian itu, saya kini masih menggunakan tongkat untuk berjalan dan menghabiskan banyak masa di rumah.”
Terdahulu, seorang wanita bersama anaknya dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan peserta RXZ Members 8.0 di Persimpangan Buluh Gading kira-kira jam 11.50 pagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kontroversi Kematian Anjing Liar 'Rocky', Majlis Bandaraya Diraja Klang Beri Penjelasan - "Ia Mengikut Undang-Undang"
The post Suami Reda Isteri Hamil Tujuh Bulan Dan Anak Melecur 60% Dilanggar Peserta RXZ – “Suspek ‘Tembor’ Larikan Diri” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




