Suami Reda Isteri Hamil 7 Bulan, Anak Melecur Dilanggar Peserta RXZ – “Saya Berdoa Kandungan Tak Terjejas”

1 Aug 2026 • 3:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan peserta RXZ Members 8.0 di Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, pagi tadi.

Talhah Mahmud, 61, berkata beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian yang menimpa isterinya, Syafirah Salim, 36, bersama anak mereka, Ahmad Asyraf, 13.

“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Talhah mengakui tidak sanggup melihat klip video tular yang memaparkan kemalangan membabitkan isteri dan anaknya itu.

“Saya difahamkan anak sulung melecur 60 peratus dari pinggang hingga ke bawah selepas kemalangan itu,” katanya.

Image from: Suami Reda Isteri Hamil 7 Bulan, Anak Melecur Dilanggar Peserta RXZ – “Saya Berdoa Kandungan Tak Terjejas”

Menurutnya, ketika kejadian, isterinya bersama Ahmad Asyraf dalam perjalanan dari rumah ke Pasar Batu Enam untuk membeli keperluan harian sebelum motosikal Honda Beat ditunggang Syafirah dipercayai dirempuh sebuah motosikal lain.

Katanya, akibat rempuhan itu berlaku tumpahan minyak sebelum motosikal terbabit terbakar.

“Isteri saya hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak ketiga dua bulan lagi.
“Anak sulung saya juga kini berada di wad pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, bagi menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bahagian yang melecur.
“Saya berdoa agar kandungan isteri tidak terjejas akibat kejadian itu selain anak sulungnya juga segera pulih,” katanya.

Image from: Suami Reda Isteri Hamil 7 Bulan, Anak Melecur Dilanggar Peserta RXZ – “Saya Berdoa Kandungan Tak Terjejas”

Dalam pada itu, Talhah berkata dia sendiri masih menjalani sesi fisioterapi selepas terbabit dalam kemalangan lima bulan lalu yang menyebabkan lututnya retak.

“Akibat kejadian itu, saya kini masih menggunakan tongkat untuk berjalan dan menghabiskan banyak masa di rumah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita bersama anaknya terbabit dalam kemalangan membabitkan peserta RXZ Members 8.0 di Persimpangan Buluh Gading kira-kira jam 11.50 pagi.

Image from: Suami Reda Isteri Hamil 7 Bulan, Anak Melecur Dilanggar Peserta RXZ – “Saya Berdoa Kandungan Tak Terjejas”

Artikel lain: Setia Hadir Sejak RXZ Members 1.0, Ramai Mahu Pak Su Tomoi Diberi Anugerah Khas

Ahmad Asyraf yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Mohd Said bersama ibunya kini menerima rawatan di HSNZ Kuala Terengganu.

Dalam kejadian berkenaan, motosikal Honda Beat ditunggang Syafirah hangus 100 peratus manakala motosikal Yamaha RXZ terbakar kira-kira 80 peratus.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

The post Suami Reda Isteri Hamil 7 Bulan, Anak Melecur Dilanggar Peserta RXZ – “Saya Berdoa Kandungan Tak Terjejas” appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved