Wanita Hamil Dan Anak Melecur Kemalangan Dengan Peserta RXZ Members 8.0, Ahli Keluarga Bersuara

1 Aug 2026 • 1:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial kemalangan membabitkan dua buah motosikal iaitu Honda Beat dan Yamaha RXZ. Kemalangan dipercayai berlaku di Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, Kuala Nerus Terengganu.

Siasatan awal mendapati ketika berada di lorong kiri, motosikal ditunggang peserta RXZ Members 8.0 dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan.

Ibu hamil dan anak sulung melecur

Motor itu menggelongsor ke hadapan lalu merempuh Honda Beat yang ditunggangi seorang wanita hamil dan anaknya.

@beritartm

KUALA TERENGGANU – Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas dua motosikal terbabit dalam kemalangan berhampiran Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, kira-kira pukul 11.50 pagi tadi. Penerbit/suara latar: Diyana Elmin Sumber visual: Threads @Sharifah Che Pa Layari laman portal berita.rtm.gov.my untuk berita selanjutnya atau ikuti laporan berita penuh di semua platform siaran televisyen dan radio RTM. Dapatkan berita terkini di Channel WhatsApp Berita RTM! Follow kami di https://whatsapp.com/channel/0029VavQxy21t90TQpwl281t ‘Yang sahih di RTM’ RTM BeritaRTM MalaysiaMadani TaatSetia BersamaMALAYSIAKU RancakkanMADANI MADANIBekerja

♬ original sound – Berita RTM – Berita RTM

Kemalangan menyebabkan kedua-dua motosikal terbakar dan mangsa iaitu ibu hamil mengalami luka melecur di kedua-dua belah tangan. Manakala anaknya luka melecur di seluruh badan.

Suami serah siasatan kepada polis

Harian Metro melaporkan suami kepada mangsa Talhah Mahmud menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Talhah berkata, dia reda dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan.

Saya difahamkan anak sulung melecur 60 peratus dari pinggang hingga ke bawah selepas kemalangan itu. Saya berdoa agar kandungan isteri tidak terjejas akibat kejadian itu selain anak sulungnya juga segera pulih.

Namun sebagai seorang suami dan ayah, Talhah mengakui dirinya tidak kuat untuk menonton video tular yang memaparkan detik isteri dan anaknya terbabit dalam kemalangan tersebut.

kemalangan

Di TikTok, adik mangsa tampil mendedahkan keadaan kakaknya yang cedera, manakala anaknya dilaporkan telah ditidurkan. Sebagai ahli keluarga, dia berharap pelaku tampil bertanggungjawab di mana kakaknya kini telah hilang pendapatan.

Katanya, motosikal terbakar adalah satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk mencari rezeki. Kakaknya membuat kuih dan menghantar ke kedai-kedai menggunakan motor tersebut.

Suaminya juga baru terlibat kemalangan dan tidak sembuh sepenuhnya menyebabkan sukar untuk bekerja.

The post Wanita Hamil Dan Anak Melecur Kemalangan Dengan Peserta RXZ Members 8.0, Ahli Keluarga Bersuara appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved