KULIM - Lelaki yang disyaki menikam isteri sehingga 13 kali dalam kejadian di Taman Tiram di sini pada Isnin, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula Selasa sehingga 21 September depan.
"Lelaki ini direman selama tujuh hari sehingga 21 September ini bagi membantu siasatan kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
**media[3648134]**
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut ditikam 13 kali, suami serah diri
Isteri maut ditikam suami 13 kali: Suspek sempat mandi, ambil anak sebelum serah diri
Suami tikam isteri 13 kali direman, suspek serah pisau lipat
'Dia tak pernah cerita masalah rumah tangga' - Ibu saudara wanita maut ditikam suami
Media sebelum ini melaporkan, mangsa, berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia selepas dikatakan ditikam menggunakan pisau lipat.
**media[3648135]**
Menurut Syamsul, suspek selepas itu, menyerah diri dan membuat pengakuan menikam mangsa sebanyak 13 kali iaitu tujuh tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan.
Katanya, pisau lipat yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut diserahkan kepada polis dan dijadikan barang kes.
Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.



.jpg)


