Suami Zahnita Wilson Akan Didakwa Esok, Turut Positif Dadah

4 Dec 2024 • 10:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.

Turut Positif Dadah 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, pada Rabu.

Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan.

"Selain itu, suspek juga akan berdepan pertuduhan tambahan berkaitan kes ujian air kencing didapati positif dadah," katanya.

Pada Selasa, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini, terhadap suami kepada Zahnita.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan proses reman selesai dalam tempoh setengah jam.

Tindakan reman ini dibuat susulan pendedahan Zahnita Wilson yang mendakwa menjadi mangsa keganasan dilakukan suaminya apabila mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata menerusi hantaran terkini dimuat naik di Instagram.

Pendedahan tersebut telah mencetuskan perhatian dan simpati daripada ramai pihak, termasuk peminat dan rakan artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson Ditahan