Suasana hiba iringi pemergian Tun Siti Hasmah

28 Sep 2026 • 1:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suasana hiba iringi pemergian Tun Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Suasana hiba menyelubungi kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini.

Kelihatan anak-anak, cucu dan ahli keluarga serta kenalan dan sahabat turut hadir membacakan Yasin dan memberi penghormatan kepada Allahyarham.

Antara yang hadir ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob, jutawan tanah air, Tan Sri Vincent Tan selain Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Terdahulu, jenazah Tun Siti Hasmah yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.

Tun Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi.

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik. – KOSMO! ONLINE

The post Suasana hiba iringi pemergian Tun Siti Hasmah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved