Suasana Hiba Pusara Tun Dr Siti Hasmah, Ramai Singgah Sebelum Ke Tempat Kerja

30 Sep 2026 • 7:04 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Suasana Hiba Pusara Tun Dr Siti Hasmah, Ramai Singgah Sebelum Ke Tempat Kerja

PUTRAJAYA: Suasana di Pusara Negara terus menyentuh hati apabila orang ramai dilihat tidak putus-putus hadir menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, termasuk seawal pagi sebelum memulakan rutin harian ke tempat kerja.

Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna Threads, @cikpuanoren_humbleabode, kelihatan beberapa pengunjung duduk dalam keadaan tenang sambil membaca Surah Yasin berhampiran pusara yang dipenuhi bunga-bungaan sebagai tanda penghormatan terakhir.

Menurut pemilik perkongsian, walaupun ketika itu masih awal pagi dan hanya beberapa orang berada di lokasi, suasananya cukup mengharukan apabila kedengaran lelaki dan wanita menangis sendu sambil mengalunkan bacaan Yasin.

“Menangis sedu sedan sambil baca Yasin… rata-rata wanita, malah lelaki pun kedengaran sebak,” tulisnya.

Ramai Kongsi Rasa Kehilangan

Beliau turut memaklumkan bahawa kawasan Pusara Negara dibuka kepada orang awam yang ingin menziarahi Allahyarhamah dan lokasi tersebut boleh dicari menerusi aplikasi Waze.

Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa kehilangan terhadap figura yang disifatkan sebagai kesayangan rakyat Malaysia.

“Siapa sangka rupanya ramai yang sangat hormat dan mungkin ada pengalaman manis dengan Tun Hasmah yang tak mahu dikongsikan di media sosial. Menyentuh perasaan,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi berkata, “Masih tak sangka, di bawah timbunan bunga yang cantik tu ada jasad Tun Hasmah.”

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun dan disemadikan di Pusara Negara dalam Istiadat Pengebumian Negara sebagai penghargaan atas jasa beliau kepada negara. – The Malaysian Update

The post Suasana Hiba Pusara Tun Dr Siti Hasmah, Ramai Singgah Sebelum Ke Tempat Kerja appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved