Subang rekod bacaan hujan paling tinggi semalam

LocalEnvironment
3 Nov 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Subang rekod bacaan hujan paling tinggi semalam

PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Subang, Selangor merekodkan jumlah hujan harian tertinggi di Malaysia sebanyak 135.8 milimeter (mm), semalam.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, rekod taburan hujan dan suhu maksimum negara bagi 2 November lalu turut menunjukkan Stesen Meteorologi Mulu, Sarawak mencatatkan jumlah hujan kedua tertinggi iaitu 62.4mm.

“Stesen Meteorologi Lubuk Merbau, Perak pula merekodkan taburan hujan sebanyak 36.6mm, diikuti Stesen Meteorologi Ipoh dengan 23.6mm.

“Bagi suhu maksimum, Stesen Meteorologi Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 34.6 darjah Celsius.

“Ia diikuti Stesen Meteorologi Alor Setar, Kedah dengan suhu maksimum 34.4 darjah Celsius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kawasan di Kampung Melayu Subang dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat semalam, terutama di kawasan berhampiran sungai.

Berdasarkan kemas kini Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di stesen Kampung Melayu Subang merekodkan bacaan 18.88 meter pada pukul 5 petang semalam.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sesawang serta saluran media sosial rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Subang rekod bacaan hujan paling tinggi semalam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved