Lebih 500 rumah terjejas akibat banjir di Sungai Buloh

LocalEnvironment
3 Nov 2026 • 10:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 500 rumah terjejas akibat banjir di Sungai Buloh

KUALA LUMPUR – Lebih 500 rumah terjejas akibat banjir selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan sekitar Sungai Buloh, Selangor, terutama di Kampung Melayu Subang semalam.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan berkata, mangsa yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang.

“PPS ini akan beroperasi sepanjang tempoh yang diperlukan bagi memastikan penduduk terjejas mendapat perlindungan dan bantuan sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.

Beliau berkata, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh bersama sukarelawan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan, khususnya Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, pemantauan turut dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Melayu Subang bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan keperluan asas penduduk yang terkesan diberikan perhatian sewajarnya.

“Saya juga menyeru seluruh penduduk Sungai Buloh agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca, mengikuti arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga, khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir.

“Keselamatan rakyat adalah keutamaan kami. Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh akan terus memantau keadaan semasa dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan tiada penduduk yang terkesan terpinggir daripada menerima bantuan yang diperlukan,” katanya.

Ramanan berkata, beliau juga berharap semoga segala urusan dipermudahkan dan semua penduduk berada dalam keadaan selamat. – BERNAMA

The post Lebih 500 rumah terjejas akibat banjir di Sungai Buloh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved