Johor, Sarawak catat suhu harian tertinggi

LocalEnvironment
28 Oct 2026 • 10:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Johor, Sarawak catat suhu harian tertinggi

PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Utama Kluang, Johor mencatatkan suhu harian tertinggi iaitu 34.6 darjah Celsius (°C) semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Stesen Meteorologi Utama Kapit, Sarawak pula mencatatkan bacaan 34.5°C.

“Suhu tertinggi juga direkodkan di Stesen Meteorologi Utama Mersing, Johor dan Stesen Meteorologi Utama Mulu, Sarawak masing-masing dengan suhu 34.3°C,” katanya dalam satu hantaran di sini hari ini.

Sementara itu, bagi jumlah hujan harian pula Stesen Meteorologi Utama Bayan Lepas, Pulau Pinang merekodkan bacaan hujan harian paling tinggi iaitu 92.8 milimeter (mm) diikuti oleh Stesen Meteorologi Utama Langkawi, Kedah sebanyak 75.8 mm .

“Sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan rancang aktiviti harian anda dengan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang serta saluran media sosial rasmi MetMalaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Johor, Sarawak catat suhu harian tertinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved