Subsidi diesel: Armizan sahkan antara disaman bersama PM

LocalPolitics
13 Oct 2024 • 1:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Saman difailkan baru-baru ini oleh dua individu terhadap Kerajaan Persekutuan berhubung penarikan subsidi diesel di semenanjung dan pengecualiannya untuk Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, mengesahkan beliau antara individu yang menerima writ saman tersebut.

Beliau berkata, writ saman itu diterimanya tiga minggu lalu dan pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Ya, saya menerima surat saman itu kira-kira tiga minggu lepas dan kita akan panjangkan dan bincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Yang disaman adalah Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Menteri KPDN (Armizan), Menteri Pengangkutan dan Menteri Ekonomi serta Kerajaan Persekutuan.

“Asas saman itu kerana kita dianggap tidak adil, dianggap diskriminasi kerana tidak laksanakan penyasaran subsidi diesel di seluruh negara secara serentak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan tapak persiapan Program Madani Rakyat (PMR) Zon Sabah di pekarangan Stadium Likas, di sini, Sabtu.

Pada 7 September lalu, Azhani Marlan @ Abd Halim, 47, dan Mohd Hatta Sanuri, 48, selaku pemohon pertama dan kedua memfailkan permohonan saman itu di Mahkamah Tinggi.

Ia bagi mendapatkan semakan kehakiman susulan tindakan Perdana Menteri dan tiga menteri Kabinet menyasarkan subsidi diesel bersasar dengan penetapan harga runcit RM3.35 untuk setiap liter, berbanding harga asal RM2.15 pada 10 Jun lalu.

Antara permohonan itu termasuk pengisytiharan bahawa keputusan semua defendan adalah tidak rasional, tidak munasabah, tidak wajar, tidak logik, tidak adil serta tidak sah di sisi undang-undang.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, penyasaran subsidi diesel belum dilaksanakan di Sabah dan Sarawak berikutan mahu melihat terlebih dahulu keberkesanan program itu di Semenanjung.

Selain itu, katanya, penggunaan kenderaan diesel di Sabah dan Sarawak yang tinggi adalah disebabkan faktor keperluan ekoran keadaan insfrastruktur jalan raya dan geografi yang mencabar.

Tambahnya, pihak terbabit juga tidak memahami isu utama mengenai situasi jurang harga barangan dan perkhidmatan yang cukup jauh antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kita di Sabah dan Sarawak sebenarnya terbeban dengan jurang harga yang tinggi berbanding Semenanjung. Oleh itu, kita harap mereka memahami, namun kita akan jawab kerana ia bukanlah berasaskan kepada tindakan diskriminasi,” tegasnya.

Armizan berkata, tuduhan diskriminasi itu tidak wajar kerana kerajaan yang dibina ketika ini adalah daripada ahli-ahli parlimen seluruh negara, malah Perdana Menteri juga dari Semenanjung.

“(Justeru) itu hak mereka jika mahu bawa ke mahkamah, namun kerajaan akan menjawab dan mempertahankan berikutan ia dasar kerajaan dan diputuskan bersandarkan kepada fakta,” tegasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.