Subsidi tambang RM30 kini boleh digunakan untuk Rapid On-Demand

11 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Subsidi tambang RM30 kini boleh digunakan untuk Rapid On-Demand

SHAH ALAM, 11 OGOS: Subsidi tambang pengangkutan awam RM30 sebulan menerusi aplikasi NINE kini diperluas kepada pengguna perkhidmatan Rapid On-Demand.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata peluasan itu memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna pengangkutan awam, khususnya untuk perjalanan jarak dekat.

Menurutnya, kemudahan berkenaan juga memberi manfaat kepada pengguna yang mahu ke kawasan tidak diliputi sepenuhnya oleh laluan bas konvensional serta perkhidmatan Kumpool sebelum ini.

“Berita baik untuk pengguna pengangkutan awam! Kini subsidi pengangkutan awam dari Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM30 sebulan melalui aplikasi NINE juga boleh digunakan untuk perkhidmatan Rapid On-Demand.

“Ini bermakna pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk bergerak, khususnya bagi perjalanan jarak dekat atau ke kawasan yang tidak diliputi sepenuhnya oleh laluan bas konvensional serta Kumpool sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.

Image from: Subsidi tambang RM30 kini boleh digunakan untuk Rapid On-Demand
EXCO Mobiliti, Ng Sze Han. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Inisiatif itu dilaksanakan secara berperingkat menerusi dua fasa, dengan Fasa 1 bermula pertengahan Jun dan Fasa 2 dijadual bermula pertengahan September ini.

Pelaksanaan fasa pertama melibatkan perkhidmatan Respons Permintaan Transit (DRT) menerusi Kumpool.

Fasa kedua pula diperluas kepada perkhidmatan DRT, komuter dan bas henti-henti, selain Rapid On-Demand yang menjadi pilihan terbaharu kepada pengguna.

Program di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor itu menawarkan subsidi tambang kepada 50,000 pemohon yang layak bagi tempoh enam bulan sehingga Disember 2026.

Bantuan berkenaan diberikan selama enam bulan kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

Dengan peluasan kepada Rapid On-Demand, penerima subsidi mempunyai pilihan tambahan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan mengikut keperluan perjalanan masing-masing.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian hotline 03-5544 7000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved