Rapid KL telah mengumumkan bahawa tempoh perjalanan percuma untuk LRT3 laluan Shah Alam dilanjutkan sehingga 14 Ogos 2026. Lanjutan ini bertujuan memberi lebih banyak masa kepada orang ramai untuk membiasakan diri dengan sistem pengangkutan awam baharu yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Sepanjang tempoh ini, pengguna boleh menikmati perjalanan percuma bukan sahaja di laluan LRT3 tetapi juga perkhidmatan bas pengantara (feeder bus) serta kemudahan Park N’ Ride di stesen terpilih. Rapid KL berharap langkah ini dapat mengurangkan kos perjalanan harian, meningkatkan keyakinan terhadap kecekapan sistem pengangkutan awam dan menggalakkan lebih ramai memilih pengangkutan awam sebagai pilihan utama untuk bergerak.

LRT3 ialah laluan rel bandar baharu yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada rangka kerja pengangkutan awam di Lembah Klang. Projek ini direka khusus untuk menghubungkan kawasan barat seperti Bandar Utama, Shah Alam dan Klang terus ke pusat Kuala Lumpur. Dengan panjang laluan melebihi 30km serta puluhan stesen yang dirancang, LRT3 bukan sekadar menambah pilihan perjalanan malah berperanan sebagai tulang belakang baharu dalam usaha mengukuhkan jaringan pengangkutan awam sedia ada.
Sumber – Rapid KL Facebook






