“Sudah Dapat Pengampunan Semalam, Tapi Kenyataan Rasmi Belum Dikeluarkan” – Utusan Malaysia

Politics
30 Jan 2024 • 2:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan dari laporan Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Utusan Malaysia mendapat info tersebut susulan ada sumber yang memaklumkan kepada pihak mereka hari ini.

Najib sudah mendapat pengampunan semalam, tetapi kenyataan rasmi belum dikeluarkan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung pembebasan Najib oleh Lembaga Pengampunan.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan dilakukan di Istana Negara, namun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

Zaliha enggan mengulas secara lanjut mengenai agenda mesyuarat tersebut kerana ia adalah perkara sulit.

Sekadar info, Najib sebelum ini menghadapi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan susulan kesalahan penyelewangan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

image is not available 1 year ago

"Mereka Tak Sakau Duit Rakyat" - Anak Najib Diperli, Samakan 'Dugaan' Bapa Dengan Nabi Yusuf & Nelson Mandela