Sudah Dapat Van, Namun Wanita & Keluarga Ini Terkandas Dalam Perjalanan Ke Danok

LocalTravel
23 Nov 2025 • 2:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sudah Dapat Van, Namun Wanita & Keluarga Ini Terkandas Dalam Perjalanan Ke Danok

Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai, Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi mengenai keadaan banjir itu di media sosial.

Difahamkan, ada dalam kalangan mereka yang terkandas di hotel di sana.

Seorang rakyat Malaysia kongsi momen masih terkandas 

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads, @nfthiahhhh berkongsi situasi cemas yang dialaminya ketika terkandas di Hatyai.

Menurutnya, mereka akhirnya berjaya keluar dari kawasan tersebut setelah dibantu pihak hotel yang menghantar mereka ke Central Hatyai.

“Kami dah dapat keluar. Pihak hotel hantar kami ke Central Hatyai. Kami sedang cuba cari van untuk keluar ke Danok. Tolong…  siapa yang dah berjaya keluar, ada contact van tak?” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Menerusi kemas kini daripada @nfthiahhhh, wanita itu memaklumkan bahawa dia dan ahli keluarganya berjaya mendapatkan sebuah van berwarna putih untuk membawa mereka ke Danok.

Dalam pada itu, dia turut sempat merakam keadaan di lokasi tersebut yang ketika itu sedang dilanda hujan, sekali gus menggambarkan suasana tidak menentu yang dialami mereka.

Bagaimanapun, @nfthiahhhh kemudian memaklumkan bahawa mereka masih belum berjaya keluar ke Danok kerana paras air semakin meningkat.

Situasi itu menyebabkan mereka kembali terkandas di jalan raya dan terpaksa menunggu sehingga keadaan kembali selamat.

image is not available image is not available

Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia terkesan akibat banjir

Sebelum ini, SK melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda, namun semuanya dilaporkan selamat, menurut Kementerian Luar Malaysia.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkata setakat petang Sabtu, kebanyakan daripada mereka yang terjejas sedang menginap di hotel bertingkat, meskipun terdapat yang mengalami gangguan sementara bekalan elektrik dan akses makanan ekoran gangguan setempat.

Kementerian Luar, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, sedang memantau rapat situasi banjir dan akan mengeluarkan perkembangan terkini keadaan di sana apabila perlu.

“Konsulat Jeneral di Songkhla telah mengaktifkan pasukan operasinya bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin terkandas atau memerlukan bantuan.

“Konsulat Jeneral juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, hotel dan kumpulan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di +(66 74) 311 062 bagi pertanyaan umum, +(66 74) 316 274 atau +(66 81) 990 1930 untuk kecemasan, dan +(66 74) 324 004 atau 312 353 untuk bantuan tambahan, atau e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di +66-2340-5720 bagi urusan umum, +66-2340-5731 atau 5732 bagi urusan konsul pada waktu pejabat, +66-87-028-4659 untuk kecemasan pada hujung minggu dan cuti umum, +66-2340-5721 sebagai talian tambahan, atau e-mel mwbangkok@kln.gov.my.

BACA: MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan

Sumber: @nfthiahhhh via Threads

The post Sudah Dapat Van, Namun Wanita & Keluarga Ini Terkandas Dalam Perjalanan Ke Danok appeared first on Siakap Keli.