“Sudah dikenal pasti” – Polis Buka Siasatan Dalaman Terhadap Anggota Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah

Entertainment
16 Dec 2024 • 10:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila gambar salah seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah tular di media sosial.

Difahamkan, gambar itu ditangkap dalam satu protes membantah genosid di negara Palestin, Yemen dan Lubnan yang diadakan di kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Terbaru, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara.

image is not available

Menurut laporan Astro Awani, polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya itu yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam protes tersebut pada Jumaat lepas.

“Siasatan telah dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, hantaran media sosial itu tular selepas seorang wanita mendakwa anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya, ketika dia sedang mengambil gambar di dalam protes tersebut.

Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.