Sudah serah senarai aset, Malaysia tunggu ‘lampu hijau’ Indonesia bantu tangani jerebu -Fahmi

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 4:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sudah serah senarai aset, Malaysia tunggu ‘lampu hijau’ Indonesia bantu tangani jerebu -Fahmi

Malaysia telah menyerahkan senarai aset yang boleh digunakan bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan isu jerebu yang menjejaskan kualiti udara di rantau ini.

Tunggu pengesahan kebenaran

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan setakat ini kerajaan masih menunggu pengesahan serta kebenaran daripada Indonesia sebelum sebarang aset Malaysia dapat digerakkan.

“Setakat ini, kita telah panjangkan melalui kedutaan, Wisma Putra dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)… dan NRES juga telah menyediakan senarai aset.
“Namun sehingga sekarang belum ada pengesahan tentang apa-apa bentuk kerjasama untuk guna pakai aset kita bagi membantu memadam kebakaran dan sebagainya. Jadi, belum ada kebenaran untuk menggunakan aset-aset Malaysia,” katanya pada sidang media mingguan.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status terkini jerebu serta kemungkinan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha menangani kebakaran yang menjadi antara punca pencemaran udara.

Menurut beliau, sehingga kini masih belum ada pengesahan mengenai bentuk kerjasama yang akan dilaksanakan termasuk penggunaan aset Malaysia bagi membantu operasi memadam kebakaran.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved