[VIDEO] Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi
Image from: [VIDEO] Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi
Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.

"Pihak NADMA dan Wisma Putra ada memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa senarai aset-aset yang mampu kita sediakan untuk membantu negara jiran telah disampaikan (dimaklumkan kepada negara jiran)

"… tetapi sehingga sekarang, belum ada pengesahan tentang apa-apa bentuk kerjasama untuk mengguna pakai aset-aset dari Malaysia bagi membantu memadam kebakaran dan sebagainya,” kata beliau pada sidang akhbar pascamesyuarat Kabinet hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme ASEAN sedia ada bagi menangani isu jerebu rentas sempadan perlu ditambah baik bagi memastikan masalah itu dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh menteri berkaitan di peringkat ASEAN berikutan jerebu memberi kesan terhadap kehidupan manusia, khususnya golongan kanak-kanak dan bayi. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved