Sudah-sudahlah, apa salah Aina Abdul?

Entertainment
23 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sudah-sudahlah, apa salah Aina Abdul?

SEMINGGU sudah Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) melabuhkan tirai, namun bahangnya masih belum padam. Buka sahaja Threads, pasti ada perbincangan mengenai acara berprestij itu, terutama persembahan penyanyi Aina Abdul.

Diva sebenarnya kasihan melihat nasib Aina, setiap kali muncul di pentas, ada sahaja mulut nakal mencari cela. Menang kena kutuk, kalah apatah lagi.

Lebih mengecewakan, kali ini suara sumbang bukan datang daripada netizen semata-mata, malah ada orang industri sendiri turut mengkritik Aina seolah-olah terlupa mereka juga sebahagian daripada dunia seni.

Kalau anak seni pun sama-sama merendahkan usaha rakan seperjuangan, apa bezanya mereka dengan netizen tanpa pengetahuan tentang proses kreatif dan jerih payah menghasilkan persembahan berskala besar?

Ironinya, apa sebenarnya salah Aina kepada kalian? Benci konsep persembahan, tidak mengapa. Meluat dengan lagu, itu juga hak masing-masing tetapi jangan sampai kritikan bertukar penghinaan.

Benarlah kata orang, saat seseorang berada di titik paling bawah, ketika itulah terserlah wajah sebenar kawan dan lawan. Barangkali sebab budaya saling menjatuhkan inilah industri hiburan kita masih sukar bergerak sejajar dengan negara jiran.

Diva harap netizen, terutama anak seni sendiri, belajar menyimpan sedikit ‘rasa itu’ daripada dilontarkan ke media sosial. Tidak semua benda bermain di kepala perlu menjadi santapan umum, lebih-lebih lagi apabila tiada kepentingan untuk diri sendiri.

DIVA: Teringat pula kata Zarina Anjoulie, dalam industri ini memang ramai talam dua muka. Pedih, tetapi kadangkala benar.

The post Sudah-sudahlah, apa salah Aina Abdul? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved