“Suka buli budak kecil?” – Dakwa Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose, Netizen Geledah Tweet Lama Wanita Ini

Entertainment
20 Mar 2023 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu buli yang melanda Uqasha Senrose baru-baru ini dilihat semakin meleret apabila ada netizen geledah segala tweet lama milik wanita yang mendakwa dirinya mangsa pelakon tersebut ketika di bangku sekolah.

Dalam tweet lama wanita tersebut, didakwa dia suka membuli budak kecil dan haiwan untuk keseronokan.

 

Suka buli budak kecil sebab seronok

image is not available

Dalam pada itu, ada juga tweet yang menunjukkan dirinya seorang yang kuat marah, dia menceritakan balik kenangan pada tahun 2010 dimana dia pernah bergaduh dengan teman lelakinya di khalayak ramai di Bukit Bintang.

“Pergi campak duit dekat muka boyfriend. Biasalah darah muda, kerja nak mengamuk je. Bila dah tua ni tone down sikit perangai. Mostly sebab malas layan.”

“Dapat pula boyfriend yang jenis penyabar. Sebab dulu perangai I memang teruk. Setakat jerit, maki, campak duit tu biasa. Kalau lelaki lain confirm dah hempuk. Kalau awak tak dominat, I akan buli you.”

image is not available

Bukan itu sahaja, banyak pendedahan daripada ramai pihak bahawa kes ini terdapat banyak plot twist mengenai kes ini. Boleh tengok video disini.

Tweet tersebut telah meraih lebih daripada 3,320 jumlah perkongsian sepanjang 3 hari ia dimuat naik, rata-rata netizen geram membaca pendedahan tersebut lebih-lebih lagi membuli budak kecil jadi bahan hiburan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, mungkin ada maksud lain buli dia kot, sekadar nak menyakat suka-suka dan nak bergurau je tu. Husnuzon.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.