‘Suka hati dia pungut duit parkir Pasar Seni’

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 11:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Suka hati dia pungut duit parkir Pasar Seni’

PETALING JAYA – Tindakan beberapa warga asing meminta bayaran parkir di kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur mencetuskan kemarahan orang ramai sekali gus menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Pengguna Threads @_efvnn meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menangani kegiatan berkenaan dengan netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan meminta penguatkuasaan diperketatkan bagi memastikan kemudahan awam tidak disalahgunakan.

“Jalan raya hak negara ini yang dibayar cukai oleh rakyat. Mereka dengan senangnya meminta duit daripada rakyat yang hendak parkir. Penguatkuasaan perlu sentiasa dijalankan dan siasatan dibuat demi keselesaan rakyat negara kita,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa dalam menangani isu membabitkan warga asing.

“Bila agaknya hendak ada ketegasan terhadap warga asing? Kadang-kadang pergi Kuala Lumpur rasa macam berada di negara orang. Negara lain tegas terhadp warga asing, negara kita pula terlalu memberi muka,” katanya.

Orang ramai juga berharap pihak berkuasa menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat kegiatan kutipan wang parkir tanpa kebenaran. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Suka hati dia pungut duit parkir Pasar Seni’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved