Sukan Asia Aichi-Nagoya, Tak Cukup Bilik Hingga Atlet Lelaki Dan Wanita Ditempatkan Sebilik

17 Sep 2026 • 10:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Menjelang pembukaan rasmi Sukan Asia Aichi-Nagoya Sabtu ini, isu penginapan nampaknya masih belum benar-benar selesai.

Bukan kontinjen luar sahaja yang terkesan, malah tuan rumah Jepun sendiri kini sedang mempertimbangkan lokasi alternatif selepas timbul beberapa masalah membabitkan pembahagian bilik atlet dan pegawai.

Penginapan kreatif jadi pilihan

Image from: Sukan Asia Aichi-Nagoya, Tak Cukup Bilik Hingga Atlet Lelaki Dan Wanita Ditempatkan Sebilik

Berbeza dengan temasya besar lain, penganjur kali ini tidak membina Perkampungan Atlet khas untuk menempatkan kira-kira 17,000 atlet dan pegawai.

Sebaliknya, sebuah kapal persiaran dari Itali digunakan untuk menempatkan 4,000 peserta, manakala 2,000 lagi ditempatkan di kabin berbentuk kontena di kawasan dermaga pelabuhan terbesar Jepun.

Namun, Timbalan Ketua Kontinjen Jepun, Hisashi Mizutori berkata beberapa masalah mula dikesan sebaik atlet mula mendaftar masuk.

Image from: Sukan Asia Aichi-Nagoya, Tak Cukup Bilik Hingga Atlet Lelaki Dan Wanita Ditempatkan Sebilik
Kredit Foto: Chosunbiz

Bagaimanapun, proses itu mengambil masa agak lama dan disebabkan masalah pengaktifan akreditasi, kami menerima laporan bahawa sesetengah atlet terpaksa menunggu selama beberapa jam.- Katanya.

Lebih mengejutkan, ada pembahagian bilik yang dibuat hanya berdasarkan jumlah tanpa mengambil kira jantina atau peranan individu dalam pasukan.

Terdapat kes jurulatih, pegawai pasukan dan atlet ditempatkan di bilik yang sama. Ada juga situasi pembahagian bilik dibuat semata-mata berdasarkan jumlah.- Katanya.

Hotel jadi pelan sandaran di Aichi-Nagoya

Image from: Sukan Asia Aichi-Nagoya, Tak Cukup Bilik Hingga Atlet Lelaki Dan Wanita Ditempatkan Sebilik
Kredit Foto: Mediacorp

Masalah itu dipercayai berlaku selepas jumlah penyertaan meningkat berbanding anggaran awal 15,000 atlet dan pegawai susulan penambahan beberapa acara baharu.

Penganjur bersama Majlis Olimpik Asia sebelum ini menetapkan jumlah maksimum 17,000 peserta dan memberi jaminan semua yang terlibat akan mempunyai tempat penginapan.

Kami kini sedang berusaha menyelaras dan merundingkan penyesuaian sedaya upaya. Bagi kes yang terlalu sukar untuk diselesaikan, kami sedang mempertimbangkan penggunaan penginapan sandaran yang disediakan oleh Kontinjen Jepun lebih awal sebagai alternatif.- Kata Mizutori.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Olimpik Jepun sudah membuat persediaan awal dengan menempah bilik hotel sekitar bandar sebagai langkah sandaran sekiranya keadaan sukar diselesaikan.

The post Sukan Asia Aichi-Nagoya, Tak Cukup Bilik Hingga Atlet Lelaki Dan Wanita Ditempatkan Sebilik appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved