Sukan Asia: Idam buru emas berganda

27 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Idam buru emas berganda

KEJAYAAN menamatkan kemarau emas 36 tahun di Sukan Asia Aichi-Nagoya bukan tiket mudah buat skuad sepak takraw negara untuk terus selesa, sebaliknya ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun menegaskan disiplin tertinggi dituntut bagi melengkapkan misi emas berganda di bumi Jepun.

Peringatan tegas itu disuarakan Ahmad Jais memandangkan skuad negara bakal
berdepan laluan berliku dalam saingan Kumpulan B acara regu yang turut dihuni dua pencabar serantau, iaitu Vietnam dan Myanmar.

Menurut pengendali berpengalaman itu, kejayaan menumbangkan musuh tradisi merangkap gergasi dunia, Thailand 2-0 dalam aksi final acara berpasukan semalam perlu segera diletakkan ke tepi sementara.

“Kita harapkan pemain tidak leka selepas mencapai kejayaan dalam acara berpasukan. Kita kena sentiasa ingat bahawa semua pasukan lain juga dahagakan kejayaan dalam acara regu ini, begitu juga dengan kita.

“Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Myanmar. Dari segi
kekuatan, kedua-dua regu tersebut mempunyai kelebihan tersendiri, malah mereka juga pernah menewaskan skuad negara sebelum ini,” katanya.

Justeru, Ahmad Jais mahu barisan pemainnya kekal berpijak di bumi nyata dengan mengambil pendekatan perlawanan demi perlawanan bermula di peringkat kumpulan bagi mengesahkan kemaraan ke separuh akhir terlebih dahulu.

Mengulas mengenai status kecergasan pasukan, Ahmad Jais mengesahkan kesemua pemain
yang diberikan mandat menggalas cabaran acara regu berada pada tahap terbaik selepas diberikan tempoh rehat sehari.

Terdahulu, kem sepak takraw negara melakar sejarah gemilang apabila menoktahkan penantian emas 36 tahun susulan kejayaan menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final acara berpasukan, sekali gus mengulangi legasi emas yang kali terakhir diraih pada temasya Beijing 1990.

 

The post Sukan Asia: Idam buru emas berganda appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved