Sukan Asia: Jumlah kontinjen, sasaran pingat diumum petang ini

8 Sep 2026 • 1:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Jumlah kontinjen, sasaran pingat diumum petang ini

SHAH ALAM – Jumlah kontinjen dan sasaran pingat pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun akan diumumkan petang ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, jumlah atlet dan pegawai yang akan dihantar adalah munasabah dan dijangka tidak berdepan masalah penempatan sepanjang temasya berlangsung.

“Kalau ikut pendaftaran awal, lebih 500 atlet telah berdaftar untuk menyertai Sukan Asia kali ini.

“Jumlah akhir atlet serta pegawai ke Jepun akan saya umumkan petang ini. Saya juga akan umumkan jumlah sasaran pingat yang ingin dicapai,” katanya selepas melawat venue badminton Para Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 di Kompleks Sukan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyediakan langkah kontingensi sekiranya berlaku masalah penempatan membabitkan atlet atau pegawai pasukan.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan penganjur temasya berkenaan meminta negara yang menambah jumlah atlet dan pegawai pada saat akhir supaya mencari penginapan sendiri berikutan kekangan peruntukan serta ruang penempatan yang terhad.

Penganjur dilaporkan sebelum ini dimaklumkan Majlis Olimpik Asia (OCA) bahawa hanya 15,000 atlet dan pegawai akan menyertai temasya berkenaan, namun jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 17,000 orang.

Dalam pada itu, Taufiq memaklumkan Para Sukma akan diteruskan ,namun bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) perlu dipantau secara berterusan bagi memastikan setiap acara dapat dianjurkan dengan selamat.

“Kita nak pastikan kesihatan atlet terjaga dan tidak terjejas akibat fenomena jerebu ketika ini. Alhamdulillah, setakat ini tiada atlet dan pegawai Para Sukma yang mengalami masalah kesihatan akibat jerebu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: Jumlah kontinjen, sasaran pingat diumum petang ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved