Sukan Asia: Korea Selatan sambar ‘ibu’ pingat emas

4 Oct 2026 • 12:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Korea Selatan sambar ‘ibu’ pingat emas

NAGOYA – Korea Selatan terus mengukuhkan dominasi dalam bola sepak lelaki Sukan Asia apabila menewaskan tuan rumah, Jepun 1-0 untuk merangkul ‘ibu’ pingat emas buat kali keempat berturut-turut.

Jaringan tunggal Eom Ji-sung pada minit ke-60 memastikan skuad Korea Selatan sekali lagi gah di puncak Asia, sekali gus memadam impian Jepun untuk meraih emas pertama sejak 2010.

Ji-sung yang juga pemain Swansea City mengakui kejayaan tersebut sebagai hasil tekad seluruh pasukan yang mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sejak 2014.

“Gol ini hadiah buat pasukan. Kami terpaksa bertahan dengan asakan tuan rumah, tetapi kami sentiasa percaya peluang akan muncul.

“Dengan masa dan hantaran yang tepat, peluang itu menjadi milik saya untuk disudahkan,” katanya.

Sementara itu, kapten Jepun, Ichihara Rion mengakui kekalahan itu sukar diterima, lebih-lebih lagi apabila mereka beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu ribuan penyokong yang hadir.

“Kami mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri dan menerima sokongan luar biasa. Sukar untuk saya gambarkan kekalahan ini,” katanya. – AGENSI

The post Sukan Asia: Korea Selatan sambar ‘ibu’ pingat emas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved