Sukan Asia: Malaysia berjaya raih emas ketujuh

2 Oct 2026 • 3:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Malaysia berjaya raih emas ketujuh

SKUAD skuasy wanita negara menepati ramalan apabila mempertahankan pingat emas acara berpasukan Sukan Asia apabila tewaskan seteru utama, Hong Kong 2-1 pada aksi final di Arena Nagoya Kinjo Futo, sebentar tadi.

Kejayaan ini mengesahkan kejayaan Malaysia mempertahankan kejayaan empat tahun lalu dan memastikan kilauan emas ketujuh buat kontinjen negara.

Ia juga mengesahkan reputasi besar Malaysia selaku kuasa besar skuasy di pentas Asia dan kejayaan ini turut melunaskan sasaran tiga pingat emas yang diletakkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Dalam permainan pertama, pemain di ranking ke 21 dunia, Aifa Azman tidak berdepan masalah untuk mengatasi Ho Tze Lok 3-0 hasil kemenangan 11-9, 11-9 dan 12-10.

Bagaimanapun, hasrat untuk menoktahkan kilauan emas lebih awal tidak terlaksana apabila Sivasangari yang hadir selaku pemain nombor lima dunia dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Chan Sin Yuk.

Selepas tewas 7-11 di set pertama, Sivasangari bangkit memperoleh dua kemenangan 11-9, 11-9 sebelum Sin Yuk kembali menemui rentak untuk menang 11-5, 11-7 pada set keempat dan kelima.

Aira Azman yang turun selaku pemain ketiga cemerlang untuk memperoleh kemenangan 11-9 di set pertama diikuti kemenangan 11-5 di set kedua.

Kemenangan itu jelas meningkatkan motivasi Aira yang berjaya memastikan kemenangan 11-4 di set ketiga sekali gus mengesahkan kejayaan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: Malaysia berjaya raih emas ketujuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved