Sukan Asia: Malaysia raih emas regu berpasukan selepas 36 tahun

25 Sep 2026 • 6:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Sukan Asia: Malaysia raih emas regu berpasukan selepas 36 tahun

Skuad sepak takraw negara tamatkan penantian 36 tahun selepas menewaskan Thailand 2-0 pada final regu berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

NAGOYA: Skuad sepak takraw negara mencipta detik manis menamatkan penantian selama 36 tahun, untuk kembali meraih pingat emas acara regu berpasukan lelaki setelah menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Sejarah dilakar di Paloma Mizuho Arena itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian sama pernah diraih pada Sukan Asia 1990 di Beijing, yang turut menyaksikan skuad negara menewaskan musuh tradisi itu .

Percaturan meletakkan regu utama Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias untuk meraih kelebihan awal membuahkan hasil, apabila berjaya memperoleh mata menerusi kemenangan 15-9, 5-15, 15-11 menewaskan Marukin Phanmakon, Phutawan Sopa dan Pornthep Tinbangbon.

Kemenangan itu terus menyuntik semangat regu kedua negara dibarisi Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi.

Trio itu mudah memastikan kemenangan selepas menundukkan regu Thailand, Kritsanapong Nontakote, Tanaphon Sapyen dan Wuttinu Kamsanor 15-13, 15-10.

Kejayaan diraih kem sepak takraw itu dalam masa sama menghadiahkan Malaysia pingat emas keempat negara pada temasya itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved