Sukan Asia: PSM wajar jadi contoh – Taufiq

2 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: PSM wajar jadi contoh – Taufiq

KEJAYAAN skuad sepak takraw menamatkan penantian 36 tahun dengan meraih emas Sukan Asia bukan sekadar membanggakan negara, malah pengurusan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) disifatkan sebagai contoh yang wajar diikuti persatuan sukan lain.

Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari berkata, kejayaan di Aichi-Nagoya 2026 merupakan hasil pengurusan baik di bawah kepimpinan Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan selain komitmen barisan kejurulatihan serta pemain negara.

“Saya memberikan penghargaan dan pujian kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), kepimpinan Datuk Sumali dan juga seluruh pasukan termasuk jurulatih dan atlet-atlet.

“Saya rasa ini adalah satu pengurusan persatuan sukan yang sangat baik dan juga disambut oleh komitmen yang ditunjukkan oleh atlet-atlet sepak takraw. Ini wajar dicontohi oleh semua persatuan sukan yang lain,” katanya ketika menyambut kepulangan skuad sepak takraw negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pada Sukan Asia kali ini, sepak takraw menghadiahkan satu emas dan satu perak kepada kontinjen negara dengan kejayaan dalam acara regu berpasukan menamatkan kemarau 36 tahun Malaysia sejak kali terakhir meraih emas pada edisi Beijing 1990.

Taufiq percaya kekuatan serta kebersamaan antara persatuan dan atlet menjadi antara ramuan penting untuk menghasilkan kejayaan, sambil menyifatkan kibaran Jalur Gemilang di Jepun sebagai detik membanggakan buat negara.

“Dengan kekuatan dan kebersamaan itu maka kita mampu untuk mencapai kejayaan secara keseluruhan, insya-Allah. Pingat emas ini memecahkan rekod selepas 36 tahun dan ia satu kebanggaan serta kejayaan bukan sahaja untuk PSM tetapi juga negara Malaysia,” katanya.

Mengenai insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Taufiq memaklumkan pengumuman termasuk tarikh pemberian akan dibuat selepas temasya berakhir dengan ganjaran kekal berdasarkan pencapaian pingat emas, perak dan gangsa.

 

The post Sukan Asia: PSM wajar jadi contoh – Taufiq appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved