Sukan Asia: Skuasy wanita sumbang emas ketujuh buat Malaysia

2 Oct 2026 • 2:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sukan Asia: Skuasy wanita sumbang emas ketujuh buat Malaysia

Image from: Sukan Asia: Skuasy wanita sumbang emas ketujuh buat Malaysia

PETALING JAYA: Skuasy wanita negara menghadiahkan pingat emas ketujuh buat Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Hong Kong 2-1 dalam acara berpasukan sekali gus mempertahankan kejuaraan sama pada edisi di Hangzhou 2022, sebentar tadi.

Malaysia bermula garang apabila Aifa Azman tidak berdepan masalah untuk menundukkan Ho Tze Lok 3-0 dalam perlawanan pembukaan.

Aifa bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan menerusi keputusan 11-9, 11-9, 12-10 dalam tempoh 17 minit.

Hong Kong kemudian bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Chan Sin Yuk yang mengejutkan pemain No. 5 dunia, S. Sivasangari dalam pertarungan sengit lima set.

Chan Sin Yuk yang berada di ranking ke-25 negara memastikan kemenangan 3-2 untuk menghidupkan semula cabaran Hong Kong dan meletakkan tekanan ke atas Malaysia dalam penentuan pingat emas.

Namun, Aira Azman muncul sebagai watak penting apabila mudah menewaskan Lee Ka Yi 3-0 dalam perlawanan penentuan.

Pemain negara itu memastikan kemenangan menerusi keputusan 11-9, 11-5, 11-4 sekali gus mengesahkan emas menjadi milik Malaysia.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuasy wanita negara menepati ramalan untuk berdiri di podium tertinggi, selain menyumbang emas ketujuh Malaysia pada temasya Aichi-Nagoya 2026.-UTUSAN

The post Sukan Asia: Skuasy wanita sumbang emas ketujuh buat Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved