Sukan Asia: Undian berpasukan tersebar di media sosial tidak sah

12 Sep 2026 • 11:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sukan Asia: Undian berpasukan tersebar di media sosial tidak sah

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan undian badminton bagi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang tersebar sejak semalam adalah palsu dan undian rasmi hanya akan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan pada 19 September ini.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, undian bagi acara berpasukan akan dilakukan ketika mesyuarat pengurus pasukan, dengan proses ‘seeding’ berdasarkan ranking pasukan telahpun dikeluarkan sebelum ini.

“Untuk undian acara berpasukan, memang sudah ada dalam ‘handbook’ Sukan Asia termasuk bila undian itu akan diadakan.

“Untuk undian acara individu pula hanya akan dilakukan selepas saingan berpasukan selesai, jadi, undian yang tersebar di media sosial itu adalah tidak sah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis BAM di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran undian tersebut, Kenny memberitahu, ‘seeding’ yang dipaparkan juga tidak tepat dan dari situ juga mudah untuk diketahui bahawa undian yang tersebar tidak benar.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Presiden BAM, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, badan induk itu akan mengambil langkah memperkukuhkan pembangunan domestik sukan badminton dengan menaikkan hadiah kemenangan kejohanan di peringkat kebangsaan.

“BAM akan menggandakan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bagi kejohanan domestik sebanyak 100 peratus,” katanya dalam sidang media yang sama.

Utusan Malaysia difahamkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan BAM bagi kejohanan domestik adalah sekitar RM200,000, namun angka itu akan ditingkatkan kepada RM400,000 pada tahun depan. – UTUSAN

The post Sukan Asia: Undian berpasukan tersebar di media sosial tidak sah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved