Sukan Komanwel: Amir terima insentif kerajaan negeri

5 Aug 2026 • 2:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Komanwel: Amir terima insentif kerajaan negeri

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberikan insentif kepada atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, sebagai menghargai kejayaannya mencipta sejarah menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara judo pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, atlet kelahiran Pulau Pinang itu layak menerima ganjaran menerusi Skim Insentif Kemenangan Sukan (SKIMAS) Kerajaan Negeri, manakala jumlah insentif akan diumumkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Amir Daniel atas pencapaian yang penuh bersejarah ini. Ini merupakan pingat emas pertama dalam sejarah negara bagi acara judo dan kejayaan itu dilakar oleh Amir Daniel.

“Sememangnya beliau layak menerima ganjaran SKIMAS yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri, namun jumlah amaun yang akan diberikan akan diumumkan oleh Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan Amir Daniel di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, malam tadi.

Turut hadir menyambut kepulangan atlet berusia 22 tahun itu ialah jurulatihnya, Md Nashriq Md Nasir, wakil Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang, ahli keluarga serta rakan-rakan.

Gooi berkata, kejayaan itu membuktikan peningkatan prestasi Amir Daniel yang konsisten selepas memenangi pingat emas pada Sukan SEA tahun lalu sebelum mengukir sejarah menghadiahkan emas sulung Malaysia dalam acara judo di Sukan Komanwel. – KOSMO! ONLINE

The post Sukan Komanwel: Amir terima insentif kerajaan negeri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved