Lakar sejarah, realisasi 20 pingat emas Sukma -MB

3 Aug 2026 • 1:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lakar sejarah, realisasi 20 pingat emas Sukma -MB

KANGAR: Kerajaan negeri harap sasaran 20 pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 bermula 15 Ogos ini dapat direalisasikan, sekali gus bakal menjadi pencapaian terbaik pernah direkodkan.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, sasaran tersebut bukanlah satu tekanan sebaliknya berbentuk cabaran yang membuktikan bahawa Perlis mempunyai atlet yang mampu bersaing dengan mana-mana negeri di Malaysia.

Katanya, antara sukan yang berpotensi menyumbang pingat emas seperti angkat berat, wushu, silat, taekwondo, sepak takraw, berbasikal, olahraga dan beberapa sukan lain.

“Terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis dan persatuan sukan kerana melahirkan atlet yang bakal mengegarkan Sukma nanti. Kepada semua atlet, ingatlah bahawa kejayaan bermula apabila kita berani dan percaya kepada diri sendiri.

“Kepada para jurulatih dan pegawai, teruslah menjadi pembimbing serta pembakar semangat kepada seluruh atlet ini. Kejayaan mereka adalah hasil daripada dedikasi dan pengorbanan para jurulatih dan pegawai ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Perlis sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Selangor 2026 di Kompleks Tuanku Syed Putra di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak.

Pada temasya Sukma kali ini, Perlis menghantar seramai 379 atlet dan 54 bagi atlet Para Sukma dengan keseluruhan kontijen termasuk
pengurus pasukan, pegawai dan urus setia membabitkan 684 orang.

Sukma Selangor 2026 bakal berlangsung dari 15 sehingga 24 Ogos manakala Para Sukma pula bermula dari 5 sehingga 10 September depan.

Sementara itu, Abu Bakar yakin semua atlet telah membuat persediaan terbaik khususnya daripada segi fizikal, mental dan emosi.

“Saya juga ingin mengingatkan semua atlet supaya sentiasa menjaga disiplin, integriti dan semangat kesukanan. Hormatilah pegawai pertandingan, lawan dan rakan sepasukan.

“Jadilah atlet yang bukan sahaja cemerlang dalam prestasi, tetapi tinggi akhlak dan sahsiahnya,” katanya.

Abu Bakar berkata, kerajaan negeri juga terus komited memperkukuhkan pembangunan sukan melalui MSN Perlis dan persatuan-persatuan sukan supaya lebih ramai atlet berpotensi dapat dilahirkan pada masa hadapan.-UTUSAN

The post Lakar sejarah, realisasi 20 pingat emas Sukma -MB appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved