DUN Selangor: Dua surat dihantar, tiada peruntukan Sukma Selangor diterima

5 Aug 2026 • 1:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: DUN Selangor: Dua surat dihantar, tiada peruntukan Sukma Selangor diterima

SHAH ALAM – Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026 di Selangor secara sendirian menggunakan peruntukan negeri disifatkan tidak sepatutnya berlaku selepas tiada dana disalurkan Kerajaan Persekutuan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd. Najwan Halimi berkata, pihaknya telah mengemukakan dua surat permohonan mendapatkan dana kepada dua Menteri Belia dan Sukan namun usaha itu tidak mendapat peruntukkan seperti diharapkan.

“Kita telah dimaklumkan sebagai tuan rumah Sukma ini pada 2024 dan saya telah menulis surat kepada Menteri Belia dan Sukan sebelum ini yang kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dengan tiada respon.

“Apabila menteri baru dilantik, juga telah mengemukakan surat permohonan mendapatkan sedikit dana, pun tiada dana yang turun. Namun ada respon, secara khusus tiada justifikasi. Jadi, kalau ahli Dewan Negeri yang menjadi Ahli Parlimen boleh bertanyakan soalan iti di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan Muhammad Izuan Ahmad Kasim (PH – Kota Damansara) berhubung justifikasi Kementerian Belia dan Sukan tidak menyalurkan sebarang peruntukkan kepada penganjuran Sukma Selangor.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan Selangor terpaksa menggunakan sepenuhnya peruntukkan negeri bagi memastikan temasya berkenaan dapat dilaksanakan.

“Di Selangor, kita bergerak secara bersendirian bermakna kita menggunakan pakai sepenuhnya peruntukkan negeri. Ia sesuatu yang tidak berapa sihat. Selepas ini, penganjuran Sukma seharusnya ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Najwan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik memaklumkan Sarawak yang menjadi tuan rumah Sukma 2024 difahamkan menerima peruntukkan hampir RM50 juta manakala keseluruhan kos penganjuran temasya itu melebihi RM250 juta.

“Jadi, kita boleh bayangkan di Selangor kita berjaya melaksanakan Sukma dengan kerangka perbelanjaan RM50 juta sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, fokus dan tumpuan perbelanjaan penganjuran Sukma Selangor hanya kepada gelanggang pertandingan tanpa menjejaskan standard pertandingan setiap acara dan kebajikan atlet-atlet yang bertanding. 

“Dari segi sumber dana yang digunakan sejumlah RM50 juta adalah daripada peruntukan kerajaannegeri, manakala selebihnya daripada penajaan-penajaan yang diperolehi iaitu hampir RM8juta,” katanya. – KOSMO!ONLINE

The post DUN Selangor: Dua surat dihantar, tiada peruntukan Sukma Selangor diterima appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved