Sukan Para Aichi-Nagoya: Malaysia raih pingat perak pertama!

20 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan Para Aichi-Nagoya: Malaysia raih pingat perak pertama!

Kem olahraga para negara membutirkan pingat perak pertama Sukan Para Asia Aichi-Nagoya buat Malaysia setelah pecutan Muhammad Ammar Aiman 'melintasi garisan penamat bagi mengakhiri perlumbaan 400 meter lelaki T20 di tempat kedua.

"Sasaran saya ialah untuk membawa pulang pingat emas untuk Malaysia, namun saya tetap bersyukur dengan pencapaian saya kali ini." ujar Ammar.

Muhammad Ammar menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 48.34 saat dalam aksi final tersebut. Persaingan menuju ke garisan penamat berlangsung sengit dengan Ammar hanya dipisahkan 0.09 saat daripada pemenang pingat emas, Sufyani Idris dari Arab Saudi.

Catatan masa Sufyani iaitu 48.25 saat bukan sahaja menghadiahkan pingat emas buatnya, malah berjaya memecahkan rekod temasya yang baru sahaja dipecahkan dirinya sendiri semalam yang mencatat masa 48.71 saat.

Pelari dari Indonesia, Alfin Nomleni, melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga dengan catatan masa 49.18 saat.  

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved